CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 7, 2009

Kubu Pertahanan Dari Godaan Syaitan ...

Seorg Soleh telah berkata...

" Kurenung dan kufikir dari pintu manakah syaitan itu memasuki pintu hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari sepuluh pintu "

1- Tamak dan Jahat sangka, lantas aku mghadapinya dgn sifat menaruh kepercayaan dan berpada-pada dgn yg ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2- Cintakan hidup dan panjangkan angan-angan , lantas aku mghadapinya dgn rasa takut terhadap kedatangan maut dgn tiba-tiba.

3- Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan menyakini bahawa nikmat itu akan hilang dab nenyakini balasan bucuk.

4- Kagum pada diri sendiri ( Ujub ), lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah S.W.T dan tukutkan balasan siksany.

5- Memandangkan rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormantan mereka.

6- Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah ( berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar ) dan redha terhadap pemberiaan Allah S.W.T kepada makhluknya.

7- Ria' dan sukakan pujaan manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8- Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan menyakini bahawa apa yang ada ditangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah S.W.T akan kekal.

9- Takkabur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawaduk ( merendah diri sesama manusia ).

10-Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah S.W.T dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

0 comments: